Chong Wei, Mew Choo Dapat Bayi Lelaki Kingston 3.4 Kg

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei dan Mew Choo bersama anak mereka, Kingston. –Foto Ehsan 988.fm
Chong Wei dan Mew Choo bersama anak mereka, Kingston. –Foto Ehsan 988.fm

KUALA LUMPUR: Pemain nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri yang juga bekas pemain badminton kebangsaan, Datin Wong Mew Choo pada Jumaat bergelar ibu dan ayah kepada bayi lelaki comel yang diberi nama, Kingston Lee.

Mew Choo selamat melahirkan Kingston secara pembedahan pada pukul 1.36 petang di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang.

Bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Chong Wei, yang menemani isterinya sepanjang proses kelahiran menyifatkan ia pengalaman yang ‘sukar untuk dilupakan’.

"Doktor berkata muka saya nampak pucat dan tidak bermaya. Saya gemuruh dan mengigil tetapi Mew Choo nampak tenang,” kata Chong Wei ketika diminat mengulas mengenai pengalamannya menyaksikan kelahiran cahaya mata pertamanya.

"Saya tidak menghiraukan apa yang doktor beritahu saya, tetapi sebaik sahaja saya melihat bayi saya, ia sangat menakjubkan. Saya tidak percaya saya sudah bergelar seorang ayah sekarang!," katanya.

"Mew Choo dalam keadaan yang baik. Sebaliknya, dia nampak berseri dan segar. Dia seorang wanita yang kuat.

"Hari ini, saya akan bersama dengan bayi lelaki saya dan menjaganya. Ya, walau di waktu malam sekalipun,” katanya sambil melemparkan senyuman manis.

Chong Wei, pemenang dua pingat perak Olimpik, berharap Kingston dapat membawa tuah kepadanya untuk memenangi lebih banyak anugerah dan kejuaraan untuk negara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan