BN Ketengahkan Wanita Dalam Politik Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) membariskan tiga calon wanita Datuk Rohani Abdul Karim dan muka baharu Nancy Shukri serta Datuk Norah Abdul Rahman kesemuanya menang di kawasan masing-masing.

Diketengahkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), iaitu tunjang B Nnegeri, tiga serangkai ini juga kumpulan tunggal anggota parlimen wanita dari Sarawak.

PBB bakal mengetengahkan calon wanita keempat dalam pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Kota Samarahan yang dimenangi Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak lelaki bongsu presiden PBB Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Awal minggu ini Taib mengumumkan PBB akan mengekalkan taruhannya dengan bertanding 14 kerusi dan mengetengahkan seorang lagi calon wanita selain mengekalkan penyandang sedia ada.

Memandangkan Sarawak telahpun mengadakan pilihan raya negerinya, kesemua 31 kerusi parlimen akan menyaksikan PBB bertanding bagi 14 kerusi, SUPP (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (PRS - enam) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP - empat).

Pada 2008, BN Sarawak menang 30 daripada 31 kerusi. Pembangkang pula tidak mengemukakan calon wanita.

Khabar angin bertiup kencang bahawa kerusi Kota Samarahan mungkin dipertanggungjawabkan kepada pegawai daerah Asajaya Rubiah Wang sebagai calon.

Rubiah dianggap mempunyai elemen 'boleh menang' memandangkan beliau seorang anak tempatan dan rekod perkhidmatannya dilihat sebagai satu kelebihan memandangkan beliau biasa benar dengan masalah serta keperluan penduduk di kawasan itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut ialah anak perempuan Taib, Datin Hanifah Taib-Alsree yang terlibat dalam kerja kebajikan di akar umbi atas sifatnya sebagai pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Sarawak.

Rohani, ahli politik wanita paling berpengalaman di negeri ini, memenangi kerusi parlimen buat penggal kelima dengan mempertahankan kerusi Batang Lupar pada 2008.

Teka-teki masih timbul sama ada Rohani, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di peringkat persekutuan, akan bertanding di situ atau kembali ke Santubong yang dimenanginya tiga kali sebelum ini.

Nancy Shukri mencatat kemenangan sulungnya di Batang Sadong manakala Datuk Norah Abdul Rahman, anak perempuan bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub, menang tanpa bertanding di Tanjung Manis.

SPDP, sebuah parti komponen BN negeri, dikatakan sedang menimbangkan cadangan untuk meletakkan seorang calon wanita.

Ahli politik setempat memperkatakan tentang Barbara Mawan, anak perempuan presiden SPDP Tan Sri William Mawan, untuk dicalonkan di Saratok namun ada pandangan bahawa bapa beliau mungkin bertanding sendiri di kawasan itu menentang Ali Biju dari PKR.

Pada pilihan raya negeri 2011, Ali mengalahkan timbalan presiden SPDP Datuk Peter Nyarok di Krian.

Mawan sebelum ini berkata beliau sedia bertanding di Saratok jika perkara itu diputuskan oleh kepimpinan tertinggi BN. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan