3,500 Pegawai, Anggota Tentera Terlibat Ops Daulat Undi Pos

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kira-kira 3,500 pegawai dan anggota tentera yang bertugas dalam Ops Daulat akan mengundi awal secara pos pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata satu perbincangan dengan wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diadakan, yang turut membincangkan tentang keselamatan di seluruh kawasan yang terbabit dalam Ops Daulat pada proses pilihan raya akan datang.

"Kesemua anggota tentera ini akan mengundi awal melalui pos yang mana karung-karung undi akan dihantar ke tempat-tempat mereka bertugas.

"Oleh kerana kebanyakan mereka adalah pegawai dan anggota yang datang dari kem-kem tentera berpangkalan di Semenanjung dan Sarawak, justeru beg-beg undi untuk mengisi sampul surat undi pos yang disediakan adalah mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di mana mereka mendaftar untuk mengundi," katanya kepada pemberita di sini.

SPR menetapkan hari mengundi bagi PRU13 pada 5 Mei ini dan penamaan calon pada 20 April.

Tarikh pengundian awal ialah 30 April.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan menambah bilangan kakitangan yang akan membuat kiraan undi di Lahad Datu.

"Ini kerana jumlah undi pos dijangka bertambah dengan kehadiran ramai anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam Ops Daulat, jadi kita perlukan ramai kakitangan untuk melakukan proses pengiraan undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan