Tunku Aziz Dakwa NGO Latih Pengundi Cetus Huru-Hara Pada Hari Mengundi

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin DAP mendakwa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sedang melatih para pengundi untuk menimbulkan kekecohan pada hari mengundi.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, mendakwa sebuah seminar yang menggesa pengundi untuk meminta kertas undi tidak mengikut nombor siri sedang diadakan.

Beliau mendakwa ketika sesi latihan tersebut, pengundi diberitahu bahawa undi mereka tidak akan menjadi rahsia jika mereka menerima kertas undi yang diberikan kepada mereka kerana nombor siri pada dokumen tersebut.

"Mereka sedang melatih pengundi untuk tidak menerima kertas undi yang diberikan kerani pilihan raya tetapi meminta kertas undi tidak mengikut nombor siri.

"Sekiranya permintaan mereka tidak ditunaikan, pengundi diberitahu supaya mencabar kerani pilihan raya yang bertugas dan berkemungkinan mencetuskan huru-hara," katanya pada sidang media, Rabu.

Dakwa Tunku Aziz, ejen pilihan raya turut terlibat dalam melakukan latihan itu dan akan menyokong para pengundi untuk meminta kertas undi tidak mengikut nombor siri.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk menangguhkan proses pengundian kerana menyebabkan pengundi terpaksa beratur panjang dan berlaku kesesakan di tempat mengundi.

"Semua ini direka untuk mencipta suatu pandangan negatif dengan mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan