Tidak Perlu Ubah Kerajaan Jika Mahukan Perubahan - Najib

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional mampu membawa perubahan besar untuk kesejahteraan rakyat, kerana itu rakyat tidak perlu mengubah kerajaan, hanya semata-mata mahukan perubahan.

Perdana menteri berkata kepimpinan kerajaan BN sejak empat tahun lepas, telah pun membawa pelbagai perubahan dan tranformasi besar yang dinikmati semua pihak.

"Perubahan besar mampu diusahakan kita (BN), jika rakyat hendak buat perubahan. Dan tidak semestinya kerajaan perlu diubah yang baharu, perubahan yang besar boleh berlaku dengan kerajaan yang sama," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini, Khamis.

UTC bernilai RM37 juta itu ialah inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar dalam satu pusat sehenti.

Perdana menteri berkata apa yang penting kepada rakyat sebenarnya bukanlah untuk mengubah kerajaan, tetapi mengecapi dan menerima perubahan yang dilaksanakan kerajaan BN.

"Perubahan bukan untuk ubah kerajaan, perubahan yang dituntut itu kita (BN) mampu laksanakan," katanya.

Najib berkata rakyat perlu bijak menilai pakatan pembangkang yang kononnya mahu membuat perubahan sedangkan kepimpinan mereka tidak pernah sependapat dalam pelbagai perkara.

"Rakyat harus tanya, pihak yang kononnya nak bawa perubahan ini, mampukah mereka bawa perubahan? Macam mana nak bawa perubahan kalaulah dalam satu kumpulan itu ada tiga nakhoda?" katanya sambil disahut laungan 'karam' oleh kira-kira 30,000 orang yang hadir pada majlis berkenaan.

Perdana menteri berkata rakyat juga perlu bijak menilai rekod prestasi pemimpin pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang sebelum ini pernah berada dalam kepimpinan kerajaan.

"Kita mesti tanya apa dia penilaian kita, menilai pengalaman dan rekod prestasi, apa dia buat, apa hasilnya bila berdepan krisis, itu patut kita tanya," katanya.

Najib berkata pakatan pembangkang juga kini bercelaru dalam menentukan calon-calon mereka untuk pilihan raya umum ke-13 nanti, dan rakyat perlu bijak menilai apa yang akan berlaku sekiranya mereka diberi mandat.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

UTC Pahang disiapkan dalam tempoh lima mingggu dan dilihat perkhidmatannya memberi kesan besar kepada rakyat.

Ia dibuka setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Perdana menteri berkata Malaysia ialah satu-satunya negara di dunia yang menyediakan perkhidmatan kerajaan dan swasta sehingga 10 malam. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan