Tempoh Kempen Amat Sesuai, Elak Ketegangan Dalam Masyarakat - Dr Mahathir

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Tempoh berkempen 15 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah satu tempoh yang amat sesuai bagi mengelak ketegangan dalam masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika tempoh lebih lama diberikan oleh SPR, ia mungkin akan menimbulkan perasaan membara dalam kalangan penyokong atau pengundi sehingga boleh mencetuskan suasana huru-hara.

"Kalau terlalu panjang seperti pada tahun 1969 di mana masa berkempen selama enam minggu, maka ketegangan antara mereka yang bertanding akan menjadi begitu teruk dan mungkin mencetuskan huru-hara dalam negara.

"Tempoh dua minggu untuk berkempen itu yang ditetapkan oleh SPR adalah satu tempoh yang sesuai," kata beliau kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab Menjenayahkan Peperangan (CWC) yang dirasmikan isteri beliau yang juga penaung kelab tersebut Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Kolej Tunku Kurshiah di sini, Khamis.

Semalam SPR mengumumkan bahawa hari pengundian bagi PRU-13 ditetapkan pada 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April. Sementara pengundian awal ditetapkan pada 30 April.

Dr Mahathir yang memimpin negara selama 22 tahun juga menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya iniberbanding PRU 2008.

"Saya melihat tidak mustahil juga bagi BN untuk mendapat dua pertiga kerusi Parlimen pada PRU ini," katanya.

Mengulas mengenai cabaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu berdebat dengannya, Dr Mahathir berkata ia tidak perlu memandangkan beliau tidak lagi bertanding dan bukannya penasihat kepada parti seperti pemimpin pembangkang itu.

"Tetapi kalau dia (Kit Siang) mahu tanya, saya boleh jawab dan dia juga boleh jawab tentang apa yang saya katakan tetapi saya rasa tidak perlu berdebat," kata beliau.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga Penaung Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW), berkata satu undang-undang khas bagi mencegah peperangan daripada dijadikan kaedah penyelesaian konflik antara negara, perlu diwujudkan oleh seluruh negara di dunia.

Beliau berkata perkara itu perlu supaya negara yang melancarkan perang terhadap negara lain dianggap sebagai negara yang melakukan jenayah dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap negara terbabit.

"Tujuan kita ialah supaya perang itu sendiri menjadi satu jenayah. Fahaman ini akan disebar ke seluruh dunia dan kita berpendapat generasi muda dalam negara kita harus faham bahawa perang itu adalah satu jenayah.

"Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa kita tidak boleh membuat persediaan dan melakukan peperangan pertahanan untuk mempertahan negara jika diserang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan