Tabung Haji Mula Bincang Dengan Kementerian Haji Arab Saudi

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Lembaga Tabung Haji (TH) mengadakan perbincangan dengan Kementerian Haji Arab Saudi pada Rabu untuk mendapatkan maklumat mengenai segala peraturan terkini dan persediaan awal yang perlu dilaksanakan bagi musim haji tahun ini, demi keselesaan jemaah.

Pengerusinya Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor berkata pihaknya tidak melihat sebarang masalah atau isu besar berhubung peraturan baharu yang dikemukakan dalam perbincangan tahunan itu.

Menurutnya antara yang dibangkitkan dalam perjumpaan itu soal berkaitan pendaftaran penginapan para jemaah, penghantaran air zam-zam, ibadah korban serta pembayaran dam.

"Kita akur dengan beberapa peraturan baharu kerajaan Arab Saudi selaras dengan projek pembangunan itu, mungkin ia akan beri kesan kepada perjalanan haji nanti, tapi pada pandangan saya ia boleh dilaksanakan tanpa banyak masalah dengan kerjasama semua pihak," katanya kepada pemberita pada persidangan media di sini, Rabu.

Abi mengetuai pasukan TH manakala pasukan daripada Kementerian Haji Arab Saudi diwakili oleh Pengerusi Muasassah Asia Tenggara Tan Sri Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sadayu dalam perbincangan itu.

Perbincangan tahunan itu berlangsung kira-kira 40 minit di pejabat kementerian berkenaan di sini, dan menurut Abi ia berlangsung dalam suasana mesra selaras dengan kerjasama baik dan hubungan akrab antara TH dengan pihak kementerian itu.

Sementara itu menerusi penterjemah, Sheikh Zuhair pada persidangan media yang sama berkata projek pembesaran Masjidil Haram membabitkan tiga fasa, dengan fasa pertama dijadual selesai pada bulan Ramadan.

Beliau berkata keseluruhan projek mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan, namun menurutnya kerajaan Arab Saudi sedang berusaha melaksanakannya dengan gigih, dan menjangka ia mungkin dapat disiapkan dalam tempoh lapan tahun.

Merujuk kepada TH pula Sheikh Zuhair berkata hubungan baik antara Kementerian Haji Arab Saudi dan Tabung Haji sudah terjalin sejak kira-kira 30 tahun lalu.

Katanya beliau berharap semua negara Islam memiliki badan seperti Tabung Haji yang dapat menguruskan perjalanan jemaah semasa mengerjakan haji dengan begitu baik, teratur dan lancar sekali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan