PRU-13: Tindakan Tegas Terhadap Pihak Halang Pengundi

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sesiapa yang cuba menghalang penduduk daripada mengundi pada pilihan raya umum ke-13, bakal berdepan tindakan tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya agar tidak mengambil alih tugas suruhanjaya berkenaan serta polis pada hari pengundian.

"Kita ada dengar berita yang mengatakan ada parti politik menubuhkan pasukan kononnya untuk menyemak pengundi yang mereka syaki bukan warga negara misalnya.

"Itu bukan tanggungjawab mereka... mana-mana pengundi berdaftar yang namanya berada dalam daftar pemilih berhak datang mengundi," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian pada Khamis.

Beliau berkata pihak yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa dan dihukum mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Wan Ahmad, yang diiringi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang dalam lawatan itu, berkata keadaan selamat sekitar pusat pengundian SK Tanjung Labian akan membolehkan 671 orang menunaikan hak mereka.

"Selepas membuat tinjauan dan diberi taklimat keselamatan oleh Datuk Tan, saya lihat pusat pengundian di kawasan Parlimen Silam ini selamat dan berharap pengundian akan berjalan lancar. Kita berpuas hati dengan persiapan yang telah diatur," katanya.

Beliau berkata SPR juga sedang berbincang dengan agensi kerajaan tertentu untuk menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk di penempatan sementara Embara Budi untuk ke pusat mengundi pada hari pengundian.

Selain itu, Wan Ahmad berkata SPR akan membuat promosi di media cetak dan elektronik berkaitan prosedur penggunaan dakwat kekal bagi mengelak sebarang unsur sabotaj.

SPR semalam menetapkan PRU13 akan berlangsung pada 5 Mei, dan penamaan calon pada 20 April.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan