PRU-13: Proses Pilihan Raya Di Lahad Datu, Semporna Seperti Biasa - SPR - Berita Semasa | mStar

PRU-13: Proses Pilihan Raya Di Lahad Datu, Semporna Seperti Biasa - SPR

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan berlangsung seperti biasa di kawasan Lahad Datu dan Semporna, dua lokasi di pantai timur Sabah yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan situasi di kedua-dua kawasan itu semakin pulih.

"Sama ada perlu atau tidak tambahan daripada aspek keselamatan semasa proses pilihan raya berlangsung, SPR serahkan kepada pihak keselamatan kerana mereka lebih arif," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini Rabu.

Ia bagi mengumumkan hari pengundian PRU13 yang ditetapkan pada 5 Mei manakala penamaan calon ialah 20 April.

Pengundian awal pula berlangsung pada 30 April.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan