Polis PRU-13: Perak Tubuh 62 Pasukan Khas Pantau Bookie

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak menubuhkan 62 pasukan risikan khas bagi memantau dan mengesan sindiket kongsi gelap dan penaja pertaruhan haram semasa musim pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kira-kira 250 anggota pasukan khas itu ditempatkan di semua daerah bagi memantau aktiviti berkenaan.

"Pasukan khas tersebut telah ditubuhkan sejak sebulan yang lalu untuk membuat risikan dan memantau sindiket dan individu yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti haram pada PRU13 ini.

"Kita perang habis-habisan terhadap sindiket ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kegiatan haram itu, termasuk menahan serta mengheret mereka ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, setakat ini, polis belum menerima sebarang maklumat berhubung kewujudan sindiket perjudian membabitkan pertaruhan keputusan pilihan raya di Perak.

"Waktu-Waktu ini belum ada lagi, kebiasaannya selepas penamaan calon... namun kita akan menjalankan pemantauan dan risikan secara agresif bagi mematahkan kegiatan sindiket haram itu," katanya.

Mohd Shukri berkata hasil risikan dan pengalaman lepas mendapati kebiasaannya bookie beroperasi di luar Perak, seperti di Kuala Lumpur.

Beliau juga mengingatkan semua pihak, terutama parti politik dan penyokongnya, agar mematuhi peraturan serta undang-undang sepanjang musim pilihan raya umum.

Orang ramai juga diseru agar menjadi mata dan telinga polis dengan melapor serta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian haram itu.

Katanya, individu yang terbabit dengan kegiatan pertaruhan boleh didakwa mengikut Seksyen 63 Akta Pertaruhan 1963 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM200,000.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan