Polis Beri Amaran Kepada Individu Mahupun NGO Agar Tidak Melampaui Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada mana-mana individu, kumpulan, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri ekoran dakwaan terdapat unsur-unsur menakut-nakutkan para pengundi semasa hari pengundian 5 Mei nanti.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan golongan itu bukan sahaja boleh menjejaskan proses demokrasi malah turut menjadi kesalahan jenayah yang boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Polis menerima maklumat ada terdapat unsur-unsur ugutan yang bertujuan menakut-nakutkan pengundi untuk keluar mengundi, seperti mereka ini akan melakukan sekatan jalan raya, memeriksa kad pengenlan dan mengugut pengundi agar tidak keluar mengundi.

"Polis memberi amaran, ia merupakan satu kesalahan jenayah kerana kuasa untuk memeriksa kad pengenalan mahupun sekatan jalan raya hanya boleh dilakukan polis dalam tempoh masa pilihan raya ini," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Khamis.

Beliau berkata tindakan golongan yang cuba menimbulkan kekacauan semasa musim pilihan raya ini sentiasa dipantau polis dari masa ke masa bagi memastikan tiada yang bertindak melebihi undang-undang.

Ramli berkata orang ramai yang mengetahui wujudnya aktiviti menakut-nakutkan pengundi di kawasan mereka perlu melaporkan kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut dapat diberkas.

"Kita (polis) tidak mahu pengundi terjejas dengan ancaman ini, jadi sekiranya mereka mengetahui ada pihak yang cuba melakukan ugutan, segera laporkan kepada polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kekuatan anggota polis setakat ini mencukupi bagi memastikan proses demokrasi di negara ini berjalan aman dari sebarang ancaman pihak tertentu.

Sementara itu, beliau turut memberitahu sebanyak 333 aktiviti sempena pilihan raya umum ke-13 dijalankan semalam membabitkan 99 ceramah, 81 perhimpunan, 21 kempen, dan 132 lain-lain aktiviti.

Beliau berkata polis turut menerima 69 laporan polis membabitkan beberapa kesalahan pilihan raya di seluruh negara pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan