Panglima Tentera Jamin PRU-13 Di Kawasan Operasi Daulat Selamat

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di kawasan Operasi Daulat akan berlangsung dalam keadaan selamat.

Beliau berkata pasukan tentera bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk dari segi menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk untuk ke pusat mengundi.

Sambil berkata semua kampung yang terjejas berikutan insiden pencerobohan pengganas itu telah memasuki fasa 'kestabilan', Zulkifeli memberitahu kehadiran anggota keselamatan lebih bertujuan meningkatkan keyakinan penduduk berhubung tahap keselamatan yang semakin baik.

"Sebagaimana yang kita ketahui, kawasan ini sudah dibersihkan dan selamat," katanya kepada pemberita ketika melawat beberapa lokasi operasi tentera di Kampung Tanduo dan Gugusan Labian dekat Felda Sahabat di sini, pada Khamis.

Zulkifeli menegaskan pasukan keselamatan akan terus mengawal ketat kawasan sempadan dan perairan Sabah bagi menyekat sebarang elemen pengganas.

Semalam, SPR menetapkan hari mengundi bagi PRU13 pada 5 Mei ini dan penamaan calon pada 20 April. Tarikh pengundian awal ialah 30 April.

Mengenai saki-baki penceroboh di Kampung Tanduo, Zulkifeli berkata hasil risikan mendapati kurang dari 10 penceroboh berada di kampung itu dan mereka berpecah dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata dua hari lepas, pasukan keselamatan berjaya menangkap seorang penceroboh yang sedang makan di rumah penduduk di Kampung Tanjung Batu hasil maklumat penduduk kampung.

"Ketika tangkapan dibuat, penceroboh itu menggigil kerana kelaparan," katanya sambil memberitahu pasukan keselamatan menemui senjata yang disembunyi di kawasan paya sepanjang proses pembersihan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan