Najib Jamin Masyarakat Orang Asli Terus Dibela

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa usaha murni kerajaan dalam membela nasib masyarakat Orang Asli akan diteruskan dengan sebaik mungkin seiring dengan agenda pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata segala agenda pembangunan kerajaan dilaksanakan atas dasar keadilan sosial bagi memastikan semua rakyat menerima faedah hasil kemakmuran negara.

Justeru itu, masyarakat Orang Asli perlu terus menyokong perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesinambungan limpahan manfaat ekonomi dan kemudahan untuk mereka, katanya.

"Kita bukan sebuah kerajaan yang masuk ke kampung Orang Asli untuk menghasut dan beri janji kosong," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli dan pelancaran bekalan elektrik luar bandar Kampung Orang Asli Gumum di Chini, dekat sini, hari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah berkira dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat termasuk masyarakat Orang Asli.

"Kita mahu buktikan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan memberi manfaat kepada semua rakyat, maknanya kita mesti ada sentuhan kepada semua golongan termasuk masyarakat Orang Asli.

"Oleh itu, di bawah langit 1Malaysia ini tidak ada yang akan terkecuali daripada menerima manfaat," katanya.

Beliau berkata kerajaan BN membelanjakan RM1.8 juta bagi melaksanakan projek bekalan elektrik untuk 24 buah rumah di bawah program Kasih Felda di kampung berkenaan, iaitu RM75,000 untuk sebuah rumah.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata undi yang diberikan oleh Orang Asli amat bermakna untuk kerajaan BN dan oleh itu beliau berharap sokongan mereka terus diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

"Saya mencatat sejarah di Kampung Api Larat, Pekan pada PRU 2004 di mana saya dapat 100 peratus undi Orang Asli dan pada PRU 2008, hanya satu undi yang tidak memihak pada saya.

"Saya akan cari orang itu tapi saya rasa mungkin dia tersalah pangkah kotak (sambil disambut gelak ketawa 2,000 hadirin), saya amat hargai Orang Asli kerana mereka adalah penyokong kuat BN," katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan kepada 13 pelajar cemerlang Orang Asli dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri itu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan