MCA 'Pinjam' Kerusi Parlimen Kuantan Kepada UMNO - Presiden MCA

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA akan menyerahkan kerusi Parlimen Kuantan kepada Umno dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Melaka kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kedua-dua kerusi itu 'dipinjamkan' atas semangat Barisan Nasional (BN) bagi memastikan parti komponen itu mempunyai peluang lebih cerah untuk dimenangi.

Dr Chua berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu di Wisma MCA di sini pada Khamis.

Beliau juga mengesahkan MCA telah diperuntukkan sebuah kerusi tambahan iaitu kerusi DUN Luyang, Sabah, yang sebelum ini disandang oleh Chia Chui Ket dari Pari Maju Sabah (SAPP).

Selain pertukaran kerusi DUN Tanah Rata dan DUN Ketari di Pahang milik Gerakan, katanya, tanpa menjelaskan kerusi MCA yang akan diberikan kepada Gerakan.

Dr Chua juga berkata MCA masih dalam perbincangan untuk meminjamkan sama ada kerusi DUN Tronoh atau Jelapang, di Perak kepada MIC.

Menyentuh mengenai kerusi MCA di Parlimen Wangsa Maju di Kuala Lumpur dan Gelang Patah di Johor yang mungkin ditukar dengan Umno, beliau berkata ianya masih dalam perbincangan.

Beliau juga menafikan spekulasi media bahawa kerusi Parlimen Tebrau di Johor dan Padang Serai di Kedah telah diserahkan kepada parti komponen BN lain.

Ditanya mengenai calon MCA untuk kerusi Parlimen Pandan, yang sebelum ini disandang oleh bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat, beliau berkata ianya masih lagi dalam perbincangan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pergeseran dilihat antara Dr Chua dan Ong apabila presiden parti itu bertindak mengumumkan peguam Gary Lim, seorang muka baharu, sebagai calon MCA bagi kerusi tersebut.

Bagaimanapun, awal minggu ini, Ong dilaporkan berkata bahawa beliau telah diberi lampu hijau oleh Najib untuk mempertahankan kerusi itu.

"Seperti mana yang diperkatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, senarai calon termasuk calon kami akan diumumkan serentak pada awal minggu hadapan sebelum hari penamaan calon," kata Dr Chua. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan