Kos Sebenar Haji Dijangka Meningkat

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat lagi, selaras dengan pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah, yang menyaksikan pihak Lembaga Tabung Haji (TH) terpaksa menyewa beberapa bangunan baru.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismee Ismail berkata ekoran pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah di musim haji lepas, sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan.

Beliau berkata lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu terus bertambah, sekali gus meningkatkan lagi kos sebenar pengurusan bagi tiap seorang jemaah.

Beliau menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini, Rabu.

Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.

Beliau berkata biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu penerbangan Malaysia dan Saudi Air.

Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula melaksanakan latihan untuk melicinkan urusan ibadah haji. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan