Kenapa Pembangkang Mahu Rampas Johor?

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang tidak ada kena mengena atau menyumbang apa-apa dalam pembangunan di negeri Johor tetapi kini ingin menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya.

Katanya, mereka memulakan strategi untuk menawan Johor dengan meletakkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah.

"Dia punya ketua pembangkang nak rempuh Johor, Kit Siang nak bertanding di Gelang Patah, kita ucapkan selamat datang dan juga selamat tinggal kepadanya di Gelang Patah. Kerana apa (mereka pilih) Johor? Ini kerana Johor negeri maju, ada kemudahan luar biasa.

"Kalau pergi ke selatan Johor ada Iskandar Malaysia, ada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang dengan pelaburan lebih RM100 bilion, ini yang terbesar di Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan Klinik Kesihatan Bukit Serampang, di Durian Chondong, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat.

Muhyiddin berkata, pembangkang tidak ada kena mengena atau menyumbang apa-apa dalam pembangunan di negeri ini dan mereka hanya mahu mengambil semuanya setelah dibangunkan oleh kerajaan BN.

"Kenapa Johor sudah baik (baharu mahu datang) dan kenapa kita nak biarkan orang lain yang tidak ada kena mengena (tidak terlibat dengan pembangunannya) datang nak kacau Johor? Orang luar datang nak jadi calon di Johor," katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, kementeriannya menambah 22 buah ambulans baru untuk digunakan di hospital-hospital di negeri ini bagi menampung keperluan sedia ada selain meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatannya.

Bukan itu sahaja katanya, bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti, Kementerian Kesihatan ketika ini sedang melatih 36,000 doktor di seluruh negara bagi menampung keperluan semasa termasuk di negeri ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan