Kem Wataniah Dirancang Dibangunkan Di Lenggong

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah kem latihan Askar Wataniah dirancang untuk diwujudkan di Lenggong jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata projek itu dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

"Wataniah amat penting sebagai barisan kedua pertahanan negara, justeru projek itu akan dimasukkan dalam RMK-11," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata kem itu akan dapat membantu meningkatkan keanggotaan pasukan selain memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga keselamatan negara.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Lenggong Datuk Saarani Mohamad berkata lokasi tapak yang bersesuaian untuk membangunkan kem berkenaan sedang dikenalpasti.

"Kementerian Pertahanan bersetuju tetapi tapak kena betul-betul sesuai dan ini merupakan perancangan pembangunan yang direstui oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan dalam memastikan pembangunan askar wataniah diberi perhatian sewajarnya.

"Sekiranya BN terus diberi mandat, semua pembangunan yang dicadang termasuk kem ini akan dapat direalisasikan," katanya.

Setakat ini, terdapat 16 kem Askar Wataniah di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan