Gagal Selesaikan Isu Kuin, Azizan Salahkan UMNO - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menyelar tindakan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak henti-henti menyalahkan Umno apabila gagal menyelesaikan isu berkaitan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Mahdzir berkata dalam tempoh lima tahun kerajaan PAS mengambil alih pengurusan Kuin mereka hanya tahu menyalahkan pemimpin Umno jika terdapat isu yang dibangkitkan kakitangan dan pelajar kolej itu.

"Lima tahun lepas sejak 8 Mac 2008 hingga sekarang semua nak salahkan Umno.

Saya tak faham mereka ini kerajaan apa. Setiap perkara yang berlaku dia (Azizan) kata ini salah orang lain dan bukan salahnya.

"Gagal pindahkan 1,000 pelajar Kuin dari Mergong ke Kuala Ketil sebab asrama tak siap pun nak salahkan Umno. Tuduh (pula) Umno yang buat laporan dekat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini Azizan sendiri yang pernah mengeluarkan kenyataan akan memindahkan 1,000 pelajarnya ke kampus induk Kuin bermula Mac 2013.

Mahdzir berkata rata-rata pelajar yang ada di Kuin adalah anak orang kampung dan petani yang mahu belajar di institusi pengajian tinggi dan kerajaan negeri perlu menyediakan prasarana yang lengkap untuk mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Terap menyokong keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najiib Tun Razak membuka ruang kepada calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas untuk bertanding pada PRU kali ini.

Katanya pemilihan calon tersebut tetap berasaskan kriteria calon boleh menang dan mempunyai latar belakang yang bersih.

"Katakan satu tempat ada calon yang bagus. Kita akan pilih yang terbaik walaupun calon itu pernah kalah pada PRU lepas," katanya.

Mahdzir berkata sebagai pemimpin peringkat pertengahan mereka akan menerima apa sahaja cadangan dan arahan daripada pemimpin tertinggi peringkat pusat.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan