BN Pulau Pinang Akan Gempur Kubu Kuat Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 11 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menggempur kubu kuat pembangkang di negeri ini bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata jentera BN akan masuk memberi penerangan dan meyakinkan pengundi di kubu kuat pembangkang bahawa manifesto BN adalah yang terbaik serta hanya BN bertanggungjawab kepada rakyat.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengunakan sepenuhnya tempoh 15 hari berkempen untuk menarik hati pengundi terutama penyokong pembangkang di negeri ini.

"Matlamat kita jelas iaitu merampas kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, jadi jentera BN di negeri ini perlu bekerja keras untuk mendapatkan sokongan pengundi termasuk daripada penyokong pembangkang.

"Bagi mendapat sokongan daripada semua pihak, jentera BN akan 'merempuh' kubu-kubu kuat pembangkang di negeri ini supaya dapat tawan kubu kuat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Belia 4B, di sini malam Rabu.

Sementara itu, Teng berkata manifesto BN Pulau Pinang akan dilancarkan pada minggu depan selepas pihaknya mengumumkan calon yang bertanding di negeri ini pada Sabtu atau Ahad ini.

Katanya dalam manifesto itu, BN negeri lebih memberi tumpuan kepada agenda dalam negeri, meliputi keperluan untuk meningkatkan pendapatan golongan di kawasan luar bandar, mengekalkan kampung-kampung tradisional dan pelabuhan bebas.

Beliau berkata ia sedikit berbeza dengan manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana kebanyakannya adalah agenda nasional dan membabitkan keperluan rakyat.

"Aku janji BN yang diumumkan perdana menteri adalah yang terbaik dan menyeluruh, BN negeri berjanji akan melaksanakannya sekiranya diberi mandat di Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut meminta semua anggota BN memberi sokongan penuh dan memilih siapa sahaja yang bakal dicalonkan nanti kerana ini bukan masa untuk bergaduh sebaliknya bersatu dan membantu calon BN untuk menang serta merampas kembali Pulau Pinang.

"Jangan kira calon, tetapi parti. Siapa juga calonnya nanti, kita kena beri sokongan, kena undi BN sebab kita mahukan semula Pulau Pinang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan