Tempoh Siaran 10 Minit Manifesto di RTM Hanya Sekali - Rais

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) dan isteri Datin Seri Masnah Rais (dua, kiri) melihat persembahan Musli Ramlee (tengah) pada Majlis Sepetang Bersama Penghibur Jalanan di Majlis Jalan Masjid India di Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) dan isteri Datin Seri Masnah Rais (dua, kiri) melihat persembahan Musli Ramlee (tengah) pada Majlis Sepetang Bersama Penghibur Jalanan di Majlis Jalan Masjid India di Kuala Lumpur pada Selasa. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM diberi hanyasekali dan bukan untuk sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan berdasarkan perbincangan pihak kementerian dan Jabatan Penyiaran, tempoh itu adalah mencukupi, malah lebih panjang berbanding tempoh lima minit yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata tempoh itu cukup bagi membentangkan lima teks muka surat manifesto dengan langkau satu baris.

"Jadi dalam masa 10 minit, boleh menghuraikan dasar-dasar parti, intisari manifesto dan juga aku janji masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan, di sini Selasa.

Dalam pada itu beliau berharap pihak pembangkang yang sebelum ini menolak untuk menggunakan kemudahan itu supaya menukar fikiran kerana peluang itu diberikan adil kepada semua parti.

"Tidak ada sebab kenapa mereka tidak mahu mengambil bahagian kecuali hanya untuk menunjukkan mereka nak perli RTM atau Jabatan Penyiaran," katanya.

Namun begitu, beliau berkata RTM tetap akan membuat liputan berita di bawah tiga buah stesen TV dan 32 stesen radio mereka, walaupun terhadap pihak yang tidak mahu terlibat menyiarkan manifesto mereka, dengan syarat mereka menjemput.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa jabatan dan agensi kerajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.

"Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud...semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa," katanya.

Beliau berkata kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik.

Dalam pada itu Rais turut menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang mahu Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti semula semuakenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu agama. "...ini perkara besar...mengejutkan dan tidak pernah berlaku dahulu. Seharusnya Timbalan Perdana Menteri meminta Majlis Fatwa membuat sesuatu yang beri panduan jelas," katanya.

Pada majlis berkenaan, Rais turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada persatuan Karyawan dan 80 buah netbook 1Malaysia kepada para penghibur jalanan.

Mengulas mengenai penghibur jalanan, beliau berkata ada cadangan untuk mewujudkan skim insurans khas bagi golongan itu.

"Mereka sedang difikirkan bagi mendapatkan liputan insurans sepertimana penyanyi lain dan pelakon-pelakon di bawah perlindungan insurans seniman, dan kami sedang mendaftarkan mereka mengikut jadual biasa," katanya.

Beliau berkata penghibur jalanan wajar mendapat peluang dan pengiktirafan dengan pelbagai bakat tinggi yang mereka ada, justeru pihak kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, akan terus mewujudkan peluang bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan