PRU-13: Polis Selangor Terima 25 Laporan Berkaitan PRU

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima 25 laporan berkaitan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sejak Sabtu lepas hingga Selasa, kata Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK) SAC Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kertas siasatan dibuka untuk sembilan kes antara lain melibatkan kes membakar, mematah serta menurunkan bendera parti politik.

Polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun selepas disyaki membakar bendera parti politik di Seksyen 17, Shah Alam, Ahad lepas dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api.

"Kita memandang serius perbuatan seumpama itu kerana boleh mengundang perbalahan antara penyokong parti," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media IPK Selangor di sini hari ini.

Hasanuddin berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kes merosakkan bendera parti politik di Taman Sentosa, Klang yang dilaporkan berlaku Sabtu lepas selain kes mengoyak khemah parti politik berhampiran sebuah kuil di Hulu Selangor keesokan harinya.

Beliau berkata polis turut menyiasat kes mematahkan kayu bendera parti politik di tepi Jalan Besar, Taman Cheras Perdana dan aduan berhubung kes menconteng bendera parti dengan tulisan kurang senonoh di Seksyen 15, Shah Alam.

Hasanuddin, yang dilantik sebagai jurucakap pilihan raya bagi Pusat Media IPK Selangor, berkata 32 ceramah dijalankan pelbagai parti politik di sekitar Selangor bermula 6 April hingga semalam.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan