PRU13: Fong Po Kuan Tidak Akan Pertahan Kerusi Parlimen Batu Gajah

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penyandang kerusi Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan daripada DAP tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum atas sebab peribadi.

Fong dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, beliau telah menulis surat dan memaklumkan kepada penasihat parti, Lim Kit Siang dan pengerusi, Karparl Singh mengenai keputusannya pada September tahun lepas.

Fong menambah, beliau akan meneruskan sumbangan terhadap usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya.

“Ia merupakan keputusan saya dan saya berterima kasih kepada pengundi, parti dan para penyokong kerana memberikan saya peluang untuk mewakili mereka dalam Parlimen,” katanya ketika dihubungi The Star.

Pada pilihan raya umum 2008, Fong mempertahankan kerusi Batu Gajah buat penggal ketiga dengan majoriti 24,627 undi.

Beliau memperoleh 39,922 undi ketika menentang Cheah Yoke Can dari BN-MCA yang memperoleh 15,295 undi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan