PRU-13: Fariz Musa Diumum Calon PKR Parlimen Pekan

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyelaras Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Pekan Fariz Musa, 43, mengangkat tangan ketika namanya diumumkan sebagai calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ketika pengumuman calon PKR di sini Selasa. -Foto BERNAMA.
Penyelaras Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Pekan Fariz Musa, 43, mengangkat tangan ketika namanya diumumkan sebagai calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ketika pengumuman calon PKR di sini Selasa. -Foto BERNAMA.

KUANTAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Fariz, bekas guru berusia 43 tahun berasal dari Marang, Terengganu.

Beliau juga dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan.

Anwar turut mengumumkan Ketua Cabang PKR Kuala Lipis, Zakaria Abdul Hamid, 48, seorang jurutera, akan bertanding di Parlimen Bera.

Pada majlis pengumuman calon di sebuah hotel di sini, Anwar menegaskan bahawa semua calon yang diumumkan itu perlu disokong sepenuhnya ahli-ahli parti berkenaan dan jika ada yang bertindak menjadi calon Bebas, mereka akan dipecat daripada parti.

Pada Isnin, ketidaksepakatan parti PKR semakin jelas apabila Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar. Turut mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lepar. Bekas Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, G. Ramponusamy juga dikatakan akan bertanding Bebas di Parlimen Indera Mahkota.

Anwar menegaskan beliau telahpun mengumumkan sebelum ini bahawa Murnie Hidayah Anuar, 29, seorang peguam, sebagai calon parti itu di Paya Besar.

Manakala kerusi Parlimen Indera Mahkota akan ditandingi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, dan parlimen Kuantan ditandingi Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, penyandang kerusi parlimen itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan