PRU13: Proses Pilihan Raya Di Lahad Datu, Semporna Seperti Biasa - SPR

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung seperti biasa di kawasan Lahad Datu dan Semporna, dua lokasi di pantai timur Sabah yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, maklumat yang diterimanya menunjukkan situasi di kedua-dua kawasan itu semakin pulih.

"Sama ada perlu atau tidak tambahan daripada aspek keselamatan semasa proses pilihan raya berlangsung, SPR serahkan kepada pihak keselamatan kerana mereka lebih arif," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini Rabu.

Ia bagi mengumumkan hari pengundian PRU13 yang ditetapkan pada 5 Mei manakala penamaan calon ialah 20 April.

Pengundian awal pula berlangsung pada 30 April.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada pilihan raya kali ini yang bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan