Dr Boo Dicabar Letak Jawatan Sebagai Pengerusi DAP Johor Selepas PRU13

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng mencabar pengerusi parti negeri, Dr Boo Cheng Hau untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Ong berkata, beliau mahu Dr Boo untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah.

Ong berkata, Dr Boo tidak lagi sesuai untuk menerajui parti di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.

“Daripada menyatukan anggota-anggota parti, beliau telah menyebabkan perpecahan dalam DAP Johor,” dakwanya dalam sidang media di sini, Rabu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan