AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena PRU-13 - Berita Semasa | mStar

AirAsia Tawar Tambang Istimewa Sempena PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, menawarkan harga tambang rendah istimewa kepada rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman untuk membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, tambang rendah itu akan dapat membantu mereka pulang pada hari pengundian yang akan diadakan pada 5 Mei.

"Kami menjangka ramai orang Malaysia yang akan melakukan perjalanan untuk kembali ke kawasan pengundian mereka masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Balik untuk mengundi menggunakan perkhidmatan penerbangan adalah pilihan yang lebih baik, terutamanya dengan kekerapan tinggi penerbangan domestik AirAsia, yang akan membolehkan ramai orang merancang perjalanan sehari bagi pilihan raya, dan barang kali merupakan cara terbaik untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

AirAsia berkata, rakyat Malaysia dari bandar-bandar di Indonesia boleh pulang untuk mengundi dengan tambang daripada sehingga serendah RM55 sehala, manakala tambang bermula daripada sehingga serendah RM120 dan RM124 sehala masing-masing dari Singapura dan bandar-bandar lain di Asean.

Bagi penerbangan domestik seluruh Malaysia, tambang bermula daripada RM29 sehala bagi laluan seperti Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Alor Setar, Terengganu, Langkawi dan lain-lain.

Tambang istimewa itu juga termasuk penerbangan yang beroperasi dari hab lain AirAsia di seluruh negara.

Syarikat penerbangan itu berkata, tambang murah itu sudah boleh ditempah di laman web AirAsia, www.airasia.com untuk tempoh perjalanan segera, serta menerusi platform tempahan mudah alihnya menerusi telefon berkeupayaan WAP di mobile.airasia.com dan AirAsia apps di peranti iPhone dan Android. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan