Warga Kementerian Pertahanan Perlu Pegang Amanah Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan perlu mengamalkan sikap berintegriti tinggi khususnya dalam memegang amanah kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata tahap keselamatan organisasi itu wajar dipertingkat dari semasa ke semasa bagi memastikan kerahsiaan dan aset kerajaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terkawal. "Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai warga kerja pertahanan memastikan tiada kebocoran maklumat agar keselamatan negara terjamin dan tidak diancam negara luar. "Tindakan tatatertib juga boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 ataupun tindakan pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang tahun 2013 di Auditorium Kementah, Wisma Pertahanan di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan