Umat Islam Perlu Elak Daripada Perbuatan 'Haram-Mengharamkan' - Mohamad

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Umat Islam perlu mengelak daripada terjerumus dalam perbuatan 'haram-mengharam' yang dilihat boleh menyebabkan perpecahan dan kehancuran di kalangan umat Islam sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jika berlaku perpecahan, masyarakat Islam di negara ini tidak akan mampu bekerjasama untuk membawa atau menyumbang apa-apa kejayaan kepada negara.

"Ada orang kata sembahyang saya tidak ada pahala. Ada orang kata saya kafir. Ada orang kata saya buat masjid kerana mahu bagi kontrak pada orang. Tapi yang pentingnya dalam hidup ini niat kita yang baik.

"Kalau macam sesetengah pihak mengadakan kuliah atau ceramah agama kalau niat kerana agama, Alhamdulillah. Tapi kalau buat untuk tarbiahkan orang supaya masuk PAS, itu tujuannya lain," katanya kepada pemberita selepas menghadri majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan kerajaan negeri di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai deklarasi Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz, semalam yang menyatakan bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah, seperti disiarkan akhbar harian. Mohamad berkata sebaiknya setiap perkara yang dilakukan dinilai dengan niat seseorang itu dan pihak lain seharusnya tidak mudah menghukum dengan mengatakan ia haram.

"Kalau kita sudah biasa mengharamkan orang, menuduh orang kafir, haram itu haram ini, sembahyang tiada pahala dan lain-lain, maka akan ada puak-puak lain pula yang akan bangun dan akan menuding jari kepada kita," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata sejak menjawat jawatan menteri besar sembilan tahun lalu, banyak perubahan positif berjaya dilaksanakan terhadap jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Beliau berkata ini terbukti apabila surat aduan yang diterima daripada rakyat berjaya dikurangkan dan melonjakkan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi berbanding negeri lain dari segi pelaksanaan dan penjelasan projek.

"Prestasi kita baik dan saya mahu supaya kekalkan prestasi cemerlang ini. Apa yang penting ialah apabila pelaksanaan itu baik sistem penyampaian terlaksana dengan baik maka yang mendapat faedahnya adalah rakyat sebagai pelanggan kita," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan