Raja Nong Chik Bidas Malaysiakini Putar Belit Fakta - Berita Semasa | mStar

Raja Nong Chik Bidas Malaysiakini Putar Belit Fakta

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Selasa membidas portal berita Malaysiakini kerana memutar belit fakta berhubung pembabitannya dalam syarikat luar pesisir RZA International Corporation.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu dalam kenyataan medianya, berkata walaupun fakta sebenar telah diberi kepada pihak portal berita berkenaan, mereka tetap memutar belit fakta sehingga mencemarkan nama beliau dan keluarga.

"Malaysiakini telah memburuk dan mencemar nama baik bapa saya dengan menggambarkan beliau terlibat dengan 'wang haram', 'pengelakan cukai' dan 'transaksi tidak sah' semata-mata untuk memberi kelebihan kepada calon mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutar belit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik," katanya.

Portal berita itu menerusi laporan bertajuk 'Politicians among 1,500 who own offshore companies' yang bertarikh 5 April lepas, antara lain mendakwa Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga anggota keluarga yang lain.

Mengulas perkara itu, Raja Nong Chik berkata pada 2 April lepas beliau telah menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapanya pada 21 Ogos 2007, iaitu sebelum beliau menjadi menteri.

"Pada Ogos 2007, sebelum saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik-beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya," katanya.

Menurut Raja Nong Chik, syarikat yang bertujuan membuat pelaburan luar pesisir untuk keluarga sendiri itu bagaimanapun ditutup pada Disember 2008 atas arahan bapanya, tanpa membuat sebarang pelaburan. "Untuk rekod saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham mana-maan syarikat luar pesisir yang lain," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan