PRU-13: Chua Jui Meng Diumum Tanding Di Segamat

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Ming akan bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-13 ini, umum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam Isnin.

Pengumuman itu dilakukan selepas ceramah PKR di Pekan Tangkak malam Isnin sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Chua merajuk dengan pucuk pimpinan PKR dan mahu kembali ke pangkuan MCA.

Chua sebelum ini menghilangkan diri beberapa ketika setelah dikatakan kecewa kawasan yang menjadi rebutannya dengan Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau iaitu kerusi Parlimen Gelang Patah diambil Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pada majlis yang sama, Anwar turut mengumumkan enam calon PKR untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Johor, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi PKR sebanyak 10 kerusi.

Naib Ketua PKR negeri, Hassan Karim yang tewas bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU12 akan bertanding kerusi Parlimen Ledang, Timbalan Ketua PKR Johor Dr Ahmad Faidi Saidi (Parlimen Pasir Gudang), Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya negeri, Khuzan Mohammad (Parlimen Sri Gading), Ketua Biro Pendidikan dan Latihan PKR Wilayah Persekutuan Onn Abu Bakar (Parlimen Sembrong), penulis blog, Julailey Jemadi (Parlimen Sekijang), bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Idris Jauzi (Parlimen Batu Pahat).

Anwar turut mengumumkan sekali lagi bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Hashim Hussien bertanding kerusi Parlimen Johor Baharu, Pengarah Pilihan Raya PKR negeri Steven Choong (Parlimen Tebrau) dan Pengerusi PKR Parlimen Muar Nor Hizwan Ahmad (Parlimen Muar). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan