Pemuda BN Mahu Lim Kemukakan Fakta Terperinci Kos Projek Mega

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan secara terperinci kos sebenar pembinaan setiap satu jajaran bagi tiga lebuh raya utama dan terowong dasar laut yang terkandung dalam projek mega kerajaan negeri.

Ketua Penerangannya, H'ng Khoon Leng berkata penjelasan itu penting memandangkan wujud kekeliruan kerana terdapat tiga kos yang berbeza bagi pembinaan projek mega itu.

"Kos keseluruhan projek mega yang disiarkan di dalam portal kerajaan negeri ialah RM4.08 bilion, kemudian ketika pengumumam mengenai projek itu dibuat beliau (Lim) beritahu kosnya ialah RM6.3 bilion yang dikatakan telah dapat dikurangkan daripada kos asalnya sebanyak RM8.08 bilion, terdapat tiga versi kos bagi projek itu.

"Kami mahu tahu mana satu kos yang sebenar dan mengapa hanya jajaran lebuh raya dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sepanjang 12 kilometer (km) sahaja yang dinyatakan kosnya untuk ketiga-tiga versi, tetapi bagi dua lagi lebuh raya dan terowong tidak dinyatakan pada versi yang kedua dan ketiga," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Bagi versi pertama iaitu kenyataan yang disiarkan di dalam portal kerajaan negeri dinyatakan kos bagi setiap pembinaan lebuh raya iaitu Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.2 km dengan kos RM0.63 bilion, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Bandar Baru Air Itam (4.6 km, RM0.92 bilion), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (12 km, RM0.58 bilion) dan terowong dasar laut sepanjang 6.5 km dengan kos RM1.95 bilion.

Lim baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar, projek mega itu juga melibatkan pembinaan tiga lebuh raya utama.

"Beliau perlu menjelaskan mengenai perkara ini supaya rakyat boleh buat pilihan, kerana ketua menteri sendiri pernah buat kenyataan bahawa sanggup terima tempias daripada rakyat sekiranya rakyat tidak mahu terowong dasar laut itu.

"Maknanya beliau sanggup menerima pilihan rakyat, tetapi bagaimana rakyat hendak memilih kalau tiada fakta yang lengkap dan jelas," katanya.

Beliau berkata rakyat Pulau Pinang perlu membuat pilihan sama ada meneruskan projek mega kerajaan negeri atau sebuah pelabuhan bebas untuk penjanaan ekonomi negeri di masa hadapan.

"BN mahu sediakan pelabuhan bebas untuk pertumbuhan ekonomi negeri serta manfaat kepada rakyat, tetapi terowong bawah tanah itu rakyat perlu bayar tol sepanjang hayat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan