PAS Yakin Pertahan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS yakin akan terus mentadbir negeri Kedah dan menang di beberapa buah negeri lagi pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13).

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, keyakinan itu berada di tahap yang tertinggi.

"Kita terlalu yakin kekal di Kedah. Hanya satu penggal prestasi kita bagus.

"Kita juga percaya kalau tiada masalah besar kita akan ke tawan semua negeri di utara termasuk, Perlis, Pulau Pinang dan Perak bersama-sama rakan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini.

Mohammad yang dikenali sebagai Mat Sabu bakal bertanding di kerusi Pendang, Kedah pada pilihan raya kali ini.

"Berpindah-pindah kawasan itu perkara biasa. Ini pilihan raya saya yang kelapan.

"Ini menunjukkan penyokong PAS dan rakyat boleh terima kita di mana-mana," katanya.

Menurut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut yakin beliau akan kekal menawan kerusi Parlimen Pokok Sena yang disandangnya.

"Saya ada dengar ada usaha untuk tewaskan saya dengan memberi penajaan RM5 juta di Pokok Sena.

"Kami tidak ada apa-apa untuk hadapi, kami cuma ada air liur dan saya yakin sokongan rakyat untuk PAS kekal menang," katanya.

Beliau turut yakin 15 kerusi Parlimen daripada Pakatan Rakyat di Kedah akan menyumbang kepada misi menawan Putrajaya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bakal bertanding di Pulai, Johor memberitahu yang beliau tidak gentar berhadapan dengan calon daripada Barisan Nasional.

"Walaupun mereka kata saya menggali kubur sendiri. Tetapi ini amanah dan saya sanjung tinggi tugas yang diberikan.

"Bila kita bercakap ke Putrajaya, untuk sampai ke sana, Johor perlu menyumbang kerusi, saya ambil tanggungjawab yang besar ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan