Musa Hitam Minta Pembangkang Henti Guna Kenyataan Beliau

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Tun Musa Hitam
Tun Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa.

Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah menimpakan kemusnahan terhadap kewibawaan hujah pembangkang dalam isu ini hingga sebahagian dari ucapan beliau yang disampaikan pada siri Bicara Minda, dikatakan sebagai menyokong Pakatan, dipromosi dan dipaparkan dengan begitu prominen dalam kempen pilihan raya mereka.

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.

Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan. Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.

"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik". - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan