Manifesto BN Untuk Semua Termasuk Penyokong Pembangkang - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata janji dalam manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 ini, akan memberi manfaat kepada semua termasuk penyokong parti pembangkang.

"Kita (BN) bukan berjanji kosong, bila berjanji dan nak beri, kita beri, dan tidak mengira penyokong kerajaan ataupun pembangkang akan tetap menerimanya. "Bukan rugi pun bagi undi kepada BN, manifesto BN bukan kertas kosong dan biasa, kita akan tepati janji untuk tempoh lima tahun mendatang," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Skim Insentif Tanam Semula (SITS) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada 199 peneroka di Felda Bukit Kepayang, Bera, pada Selasa.

Beliau berkata kerajaan BN tidak pernah leka dan lalai dalam membela dan memberikan bantuan kepada rakyat dan tidak pernah menyisihkan mereka yang menentang kerajaan dalam memberikan bantuan.

Menurutnya, apa yang dijanjikan, kerajaan akan tunaikan kerana itu adalah satu akujanji.

Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata negeri yang ditadbir parti pembangkang jelas menunjukkan yang mereka telah gagal menunaikan janji dalam manifesto mereka pada pilihan raya umum lepas.

"Kali ini mereka (pembangkang) berjanji lagi, antaranya berjanji menurunkan harga minyak petrol dan diesel pula. Kalau harga minyak diturunkan 20 sen, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM4 bilion.

"Sedangkan jumlah tersebut boleh digunakan bagi mengadakan program pembangunan untuk rakyat seperti menambah pelbagai kemudahan asas seperti pembinaan dewan, balai raya, surau, masjid dan lain-lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat,"katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan