Malaysia Bakal Jadi Hab Kereta Api Di Rantau Asean

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Malaysia akan menjadi hab pengkeretapian di rantau Asean dengan pembangunan kemudahan membina kereta api serta lokomotif di Batu Gajah, Perak.

Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan kemudahan tersebut akan membawa kepada teknologi terkini Malaysia.

"Sebuah kompleks akan dibangunkan untuk membina, membaiki dan mengubahsuai kereta api serta semua aspek yang melibatkan kereta api bagi rantau Asean dan Timur Tengah di sini.

"Ia akan menyumbang kepada perpindahan teknologi dan pelaksanaan latihan di samping lain-lain faedah dalam bidang pengkeretapian ini," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi membangunkan kemudahan membina kereta api serta lokomotif dekat sini, Selasa.

Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada perancangan dan perbincangan tahun lepas bagi pihak CSR Zhuzhou Electric Locomotive Company (CSR ZELC) menempatkan kilang pembuatan' rolling stock' bagi memangkinkan industri pengkeretapian di Malaysia dan menjadikan negara sebagai hab pengkeretapian di rantau ini.

Najib berkata, jalinan kerjasama ini merupakan lanjutan daripada komitmen CSR untuk membangunkan sebuah kompleks yang menjadi pusat untuk tujuan tersebut.

Tambahnya, kawasan seluas 41.39 ekar telah dipilih berdekatan dengan Akademi KTM yang mana tanah untuk projek itu merupakan tanah Perbadanan Aset Keretapi, Malaysia yang telah dipajakkan kepada CSR Malaysia bagi membangunkan kilang pembuatan 'rolling stock'.

"Kawasan ini dipilih memandangkan kesesuaiannya yang berdekatan dengan Akademi KTM Batu Gajah yang mempunyai kemudahan pemasangan serta pengujian lokomotif," katanya.

Pembangunan CSR Rolling Stock Centre (Malaysia) Sdn Bhd dijangka akan menelan belanja RM400 juta dan akan memangkinkan industri sokongan tempatan, bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara.

Dijangka projek ini bakal membuka sebanyak 800 peluang pekerjaan untuk warga tempatan akan tercipta dengan kewujudannya.

Ia dijangka siap dan beroperasi dalam masa dua tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan