Majlis Fatwa Diminta Teliti Kenyataan Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung agama kebelakangan ini yang dilihat boleh memesongkan akidah umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan itu seperti kononnya sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kontrak apabila membina masjid, perlu segera dihentikan.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Sekolah SPM 2012 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, di sini Selasa.

"Saya fikir kalau semua kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz dirujuk kepada Majlis Fakta Kebangsaan, semuanya akan ditolak. Itu saya yakin. Kenyataan sebegitu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. "Jadi, elok juga kalau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan memberi nasihat kepada Nik Aziz yang begitu lantang dan celupar mengeluarkan kenyataan berbentuk agama yang bukan saja mengelirukan malah boleh memesongkan akidah umat," tegas Muhyiddin. Muhyiddin berkata kenyataan seperti itu sepatutnya tidak berlaku, apatah lagi dikeluarkan oleh seseorang yang kononnya ulama dan tokoh yang disegani masyarakat dalam memperjuangkan Islam.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Islam tidak harus dinodai melalui muslihat politik sebegitu yang pada asasnya hanya untuk kepentingan tertentu.

"Kalau bukan Islam buat kenyataan begitu kita faham, tapi oleh Nik Aziz yang dilabel ulama dan tokoh tapi kenyataan dia semacam lebih (sudut) politik daripada agama," katanya dan menambah Umno tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Semalam, golongan ulama pondok dalam satu persidangan di Kedah mencapai satu deklarasi bahawa haram mengundi PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan tindakan kedua-dua parti itu yang menyokong pluralisme agama termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan