Kes Objek Hempap Dua Kenderaan di Tapak Projek LRT Masih Disiasat

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kes dua mangsa yang kenderaan mereka dihempap objek daripada kren ketika sedang memandu di kawasan projek penyambungan LRT berhampiran Lapangan Terbang Subang dekat sini Mac lepas, masih dalam siasatan.

Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Datuk Maznah Mazlan berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sedang menyiasat dan meneliti punca kejadian yang berlaku pada 29 Mac lepas.

"Kes berkenaan masih dalam siasatan dan tindakan selanjutnya akan dibuat serta diteliti selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita selepas menziarahi seorang daripada mangsa kejadian itu di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu maut selepas kenderaannya ditimpa peralatan pembinaan ketika kerja mengangkat barang dijalankan di tapak projek berkenaan dan pemandu kenderaan kedua cedera.

Tapak pembinaan di Jalan Lapangan Terbang Subang adalah sebahagian daripada projek penyambungan landasan LRT untuk memperbaiki pengangkutan awam bandar di Lembah Klang.

Mengulas lanjut, Maznah yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata kerajaan sentiasa mengambil berat dan memandang serius keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Beliau berkata sehubungan itu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sentiasa mengadakan pertemuan berkala dengan syarikat dan pihak industri untuk menilai sama ada syarikat terutama mereka yang mengendalikan jentera berat dan mesin, memahami aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Katanya apa yang penting ialah syarikat dan pihak industri yang terbabit perlu memastikan pekerja yang mengendalikan jentera atau mesin berkenaan cekap dan berkemahiran untuk mengendalikannya.

"Jabatan berkenaan misalnya telah mengadakan pertemuan dengan syarikat dan operator pengendali kren bagi memberikan taklimat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada syarikat berkenaan dalam operasi seharian petang Selasa.

"Kita juga turut mengadakan sesi dialog selain melihat tahap pemahaman dan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi mereka yang terbabit," katanya. Sementara itu, mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan, Arifpuddin Mansoruddin, 42, menganggap tiada apa yang boleh mengganti nyawanya dan merasa seperti mati hidup semula kerana terselamat apabila keretanya dihempap objek daripada sebuah kren ketika sedang melalui tapak projek berkenaan.

Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat swasta dirawat selama lapan hari di hospital dan kini perlu menjalani rawatan fisioterapi serta terlantar kerana mengalami kecederaan serius.

Arifpuddin yang juga merupakan anggota polis sukarelawan (PVT) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sejak 2004, berkata pihak berkenaan perlu lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan terutamanya membabitkan projek di kawasan awam supaya kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

Pada 5 April lepas, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pemilik projek penyambungan landasan LRT, bercadang menghentikan aliran trafik semasa kerja mengangkat bahan berat di tapak projek berhampiran jalan awam dijalankan sebagai antara inisiatif baharu bagi mempertingkat tahap keselamatan awam.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Shahril Mokhtar berkata Prasarana mencadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) agar membenarkan kontraktor mereka menghentikan aliran trafik bagi tempoh kira-kira lima hingga 10 minit.

Shahril berkata Prasarana turut meminta kontraktornya mengkaji semula urutan kerja pembinaan bagi mengelak operasi mengangkat barang ketika waktu puncak selain mengingatkan mereka supaya mempertingkat langkah serta proses keselamatan di tapak projek dan menambah bilangan petugas keselamatan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan