Hasrat Pembangkang Mahu Tawan Johor Hanya Mimpi - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan

BATU PAHAT: Impian Pakatan Rakyat untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 15 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) di Johor hanyalah sekadar mimpi semata-mata. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan impian Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanyalah angan-angan dan igauannya di siang hari untuk menguasai Johor pada PRU13 nanti. "Kalau macam itu, Kit Siang kata dia mampu menawan 15 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen di sini, kita juga boleh katakan yang kita mampu kekalkan semua kerusi yang kita ada sekarang ini

"Malah kita juga mampu menawan semua kerusi yang ditawan mereka dan tidak mustahil juga kita mampu menawan kerusi 2/3 kerusi Parlimen di Malaysia ini," katanya kepada media selepas Program Himpunan Komuniti 1Malaysia, di sini, pada Selasa.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tsunami politik yang diperkatakan oleh Kit Siang sudah tamat dan kini digantikan pula oleh populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan baru-baru ini. Dalam perkembangan lain beliau turut menyangkal tuduhan pembangkang kononnya BN meniru manifesto mereka.

Ini kerana 17 perkara yang diketengahkan BN adalah sangat berbeza berbanding manifesto pihak pembangkang.

"Tuduhan mereka yang kita meniru manifesto mereka adalah amat-amat tidak berasas kerana kita buat kajian dalam tempoh yang agak panjang dan ia melambangkan kekuatan kerajaan dalam masa empat tahun memerintah.

"Kita bukan tiru dia, manifesto dia baru beberapa minggu yang lepas (dihasilkan)... sedangkan dalam manifesto kita ini telah tercatat perkara-perkara semenjak Datuk Seri Najib mula memimpin negara ini,” katanya.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP itu baru-baru ini memutuskan untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, dalam usaha pakatan pembangkang (PR) menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Sebelum ini, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mendakwa BN menciplak sekurang-kurangnya 22 idea di dalam manifesto PR.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan