Calon BN Kedah Hampir Dimuktamadkan - Ahmad Bashah

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pemilihan calon Barisan Nasional (BN)Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 hampir dimuktamadkan, kata Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Hanya tinggal satu, dua kerusi di kawasan tertentu yang belum ada calon kerana ramai sangat pemimpin dan tokoh yang berkaliber ingin bertanding tapi kami perlu memilih seorang sahaja bagi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen," katanya.

Beliau berharap penyokong-penyokong Umno dan BN memberi kepercayaan penuh kepada parti dalam pemilihan calon untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen di kawasan mereka.

"Penyokong perlu menyokong keputusan yang telah dibuat oleh parti dan perlu sayang parti lebih daripada segala-galanya kerana ini untuk masa depan mereka dan Malaysia juga," katanya selepas pelancaran Program Gelombang Biru di Dewan Taman Wira di sini Selasa.

Melalui program anjuran Wanita BN Parlimen Alor Setar itu, sebanyak 11,000 bendera dan pelekat BN akan diagih kepada penyokong-penyokong BN untuk diletak di kawasan rumah mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan