BN Kedah Umum Manifesto Minggu Depan, Fokus 13 Topik

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah dijadual akan melancarkan manifesto khas bagi negeri ini minggu depan yang antara lain berjanji untuk menyelesaikan isu kontroversi membabitkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, hingga kini kira-kira 95 peratus kandungan manifesto khas untuk negeri ini siap sebelum sedia dibentangkan kepada rakyat.

"Manifesto BN Kedah sudah 95 peratus siap. Cuma tinggal beberapa perkara kecil yang sedang kita perhalusi sebelum dibentangkan.

"Kita perlu teliti dengan sebaik mungkin agar kandungannya tidak bertindih dengan manifesto BN Pusat...yang ini untuk kesejahteraan rakyat Kedah secara khusus seperti isu Kuin yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan sedia ada," katanya pada sidang media di Bangunan Umno Kedah di sini, Selasa.

Menurut Ahmad Bashah, manifesto khas BN Kedah yang bertemakan 'Kesejahteraan Rakyat Pembangunan Masa Depan Negeri' akan memberi penekanan kepada 13 topik utama sebagai tambahan kepada manifesto BN Pusat.

Mengulas lanjut Ahmad Bashah berkata, BN Kedah juga berjanji akan menyediakan sebuah litar lumba bagi memenuhi permintaan golongan belia.

Ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Februari lalu yang berjanji akan membina sebuah litar lumba sekiranyan BN kembali diberikan mandat memerintah Kedah.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan