ZI Publications Dibenar Cabar Kedudukan Enakmen Agama Islam Negeri Selangor Di Sisi Perlembagaan

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: ZI Publications Sdn Bhd dan pengarahnya Mohd Ezra Mohd Zaid mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan di sini hari ini untuk mencabar kedudukan Enakmen agama Islam negeri Selangor yang menyekat kebebasan menyuarakan pendapat.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima anggota, dengan sebulat suara memberi kebenaran itu kepada syarikat berkenaan dan Mohd Ezra, yang memfailkan petisyen bagi memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah 1995, sebagai tidak sah.

Mengikut Seksyen 16 Enakmen itu, seseorang yang mencetak, menerbitkan, mengeluarkan, merakam atau mengedar atau memiliki sebarang buku atau dokumen yang bercanggah dengan undang-undang Islam untuk tujuan menjualnya, dianggap melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ini merupakan kes yang menarik untuk didengar," kata Arifin, yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

Panel itu juga meluluskan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah kerana perkara itu menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang persekutuan lain.

ZI Publications dan Mohd Ezra memfailkan petisyen berkenaan secara terus kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4 (3) dan Perkara (4) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 128 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, dengan menamakan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.

Mereka memohon mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 16 Enakmen berkenaan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atas alasan Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang itu.

ZI Publications dan Mohd Ezra, yang diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar, berkata hanya Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan hak-hak asasi.

Pemohon (ZI Publications dan Mohd Ezra) ingin mendapatkan pandangan Mahkamah Persekutuan sama ada Seksyen 16 Enakmen itu ultra vires terhadap Perkara 4 Perlembagan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara.

Mereka mendakwa seksyen itu juga ultra vires terhadap Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Pada Mei tahun lepas, ZI Publications menerbitkan dan menterjemah sebuah buku ke dalam bahasa Malaysia bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta daripada versi asal dalam bahasa Inggeris bertajuk 'Allah, Liberty and Love' karangan penulis terkenal Irshad Manji.

Berikutan itu, Mohd Ezra, 30, ditahan para pegawai Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah mengikut Seksyen 16 Enakmen berkenaan dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah.

Mohd Ezra memohon dibicarakan bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Syariah dan kes ini akan didengar bulan depan.

Kerajaan Negeri Selangor diwakili penasihat undang-undangnya Datin Paduka Zauyah Be Loth Khan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan