Yong Sedia Bertanding Semula Jika Diperlukan SUPP, BN

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Yong Khoon Seng
Datuk Yong Khoon Seng

KUCHING: Datuk Yong Khoon Seng yang telah mewakili kawasan Parlimen Stampin selama tiga penggal, bersedia menangguhkan persaraannya dan bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini jika masih diperlukan oleh Barisan Nasional (BN).

Katanya banyak pihak tampil memintanya menangguhkan persaraan sejak beliau mengumumkan untuk berbuat demikian sebelum ini.

"(Walaupun) saya sebutkan beberapa kali (untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13), saya sedia menimbang semula. Jika saya diperlukan saya akan tangguh rancangan untuk bersara," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Ditanya sama ada permintaan itu datang daripada pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Yong mengiakan namun enggan menamakan pemimpin terbabit.

Ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN antara yang memintanya menangguhkan persaraan, ahli politik berusia 72 tahun itu berkata: "Anda tunggu saja pengumuman beliau." -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan