Venue Forum Politik Anjuran Asli Terpaksa Ditukar

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Venue bagi forum politik anjuran Insitut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) telah ditukar ke Hotel Corus atas sebab-sebab teknikal.

Forum tersebut sepatutnya berlangsung di Hotel Berjaya Times Square.

Menurut Pengarah Asli, Ng Yeen Seen berkata beliau telah dimaklumkan oleh pengurus besar bahawa ada masalah teknikal berkenaan pada Isnin.

“Daripada mahu membatalkan acara ini, kami telah berbincang untuk memindahkan agar forum politik ini diadakan di Hotel Corus, Kuala Lumpur.

“Majlis ini akan berlangsung pada 10 April dari pukul 7.30 hingga 10 malam,” katanya.

Empat ahli politik akan mendebatkan isu utama yang akan menjadi bahan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13.

Ahli panel tediri daripada Datuk Saifuddin Abdullah (Umno), Liew Chin Tong (DAP), Gan Ping Sieu (MCA) dan Datuk Mujahid Yusof Rawa (PAS).

Forum ini akan turut disiarkan secara langsung di You Tube.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan