SK Tanjung Labian & SK Lok Buani Dibuka Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMAT… Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu menyanyikan lagu negaraku semasa Perhimpunan pagi setelah sekolah dibuka semula pada Isnin dengan dikawal oleh pihak keselamatan. -Foto BERNAMA
SELAMAT… Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu menyanyikan lagu negaraku semasa Perhimpunan pagi setelah sekolah dibuka semula pada Isnin dengan dikawal oleh pihak keselamatan. -Foto BERNAMA

LAHAD DATU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani di sini yang ditutup lebih sebulan berikutan insiden pencerobohan militan Sulu, dibuka semula mulai hari ini.

Dengan ini semua sekolah di dalam kawasan zon Ops Daulat dekat Felda Sahabat memulakan sesi persekolahan seperti biasa.

Guru Besar SK Tanjung Labian, Sakka Labacho berkata pada hari pertama ini, hanya 151 murid berbanding sejumlah 253 murid yang hadir kerana yang lainnya masih ditempatkan di kawasan penempatan sementara atau menumpang di sekolah lain.

Beliau berkata pihaknya sedang menguruskan bantuan pakaian dan peralatan sekolah untuk sebilangan murid dan mereka dijangka menerima bantuan berkenaan dalam masa terdekat.

Untuk sementara ini, mereka dibenarkan berpakaian biasa untuk ke sekolah. "Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana sekolah dikawal ketat oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita di sini.

Tinjuan Bernama mendapati pintu utama sekolah dikawal enam anggota tentera bersenjata.

Sementara itu, Guru Besar SK Lok Buani, Saabi Hasim berkata 97 daripada 158 murid sekolah itu hadir ke sekolah dengan pakaian seragam sekolah.

Kebanyakan mereka dari kampung Sungai Nyamuk dan kampung Sungai Bilis, katanya. Saabi yang telah berkhidmat selama enam tahun di sekolah itu bersyukur kerana bangunan sekolah masih tetap dalam keadaan baik walaupun ia telah lebih sebulan ditinggalkan.

Kedua-dua sekolah itu merancang untuk mengadakan kelas ganti pada setiap hari Sabtu bagi memastikan murid tidak ketinggalan dalam pelajaran, terutama bagi murid darjah enam yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan