PRU13: Aplikasi PRU13 Percuma Untuk Pengguna Telefon Pintar Android Dan Apple

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maklumat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 boleh diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan generasi celik teknologi maklumat.

Aplikasi dinamakan 'Undi PRU13', telah dicipta oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan, Appandus Sdn Bhd dan ia, boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui Google Playstore atau Apple App Store.

Menurut laman sesawang syarikat itu, aplikasi tersebut menyediakan maklumat antara lain, kedudukan 727 kawasan pilihan raya kecuali kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak, nama bekas dan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN, nama parti serta carian fleksibel untuk apa-apa maklumat lain.

Maklumat tersebut dikumpul dan disusun daripada data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wikipedia.

Syarikat itu menyatakan pengguna aplikasi itu juga akan dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan PRU13 serta kempen ceramah.

"Pengguna juga boleh berkongsi keputusan, berita atau maklumat melalui Facebook, Twitter atau e-mel," katanya.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan