PRU13: Anwar Umum Calon PKR Parlimen Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Merbok, Sg Petani

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MERBOK: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran dinamakan sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Padang Serai sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasuiton Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Machang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

Penyandang kerusi Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din akan digantikan dengan calon wanita iaitu Ketua Wanita PKR Sungai Petani, Nurin Aina Azrina Abdullah, yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Ini merupakan kali pertama bekas jurutera berumur 38 tahun itu dipilih sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul akan mempertahankan kerusi yang disandangnya pada tahun 2008.

Anwar membuat pengumuman tersebut dalam satu ceramah di Laguna Merbok lewat malam Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, N. Gobalakrishnan dan Datuk Zulkifli Nordin masing-masing memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu di bawah tiket PKR.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menjadi wakil rakyat Bebas selepas Gobalakrishan keluar parti sementara Zulkifli dipecat daripada parti pada 2010.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan