Polis Terengganu Tumpu Kawasan Berisiko Berlaku 'Kekecohan' - Berita Semasa | mStar

Polis Terengganu Tumpu Kawasan Berisiko Berlaku 'Kekecohan'

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Polis Terengganu menumpukan kawalan keselamatan di kawasan yang dikenal pasti sering berlaku kekecohan pada pilihan raya umum sebelum ini, kata Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa.

Beliau berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencetuskan kekecohan yang boleh mengganggu kelicinan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menjejas ketenteraman awam.

Katanya pada pilihan raya umum sebelum ini terdapat kes penyokong parti termasuk daripada Barisan Nasional (BN) ditahan atas dakwaan mencetuskan kekecohan.

"Kita (polis) juga akan kerap melakukan rondaan dan kawalan di kawasan yang kita rasa berisiko untuk berlaku kekecohan, dengan kehadiran polis tindakan mereka mungkin akan lebih terbatas," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat pilihan raya umum bagi daerah Setiu.

Jamshah turut mengingatkan semua parti politik dan penyokong mereka agar mematuhi undang-undang terutamanya memohon permit untuk mengadakan ceramah sepanjang tempoh berkempen nanti. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan