PKR Pahang Semakin Keliru, Ahli Umum Jadi Calon Bebas - Berita Semasa | mStar

PKR Pahang Semakin Keliru, Ahli Umum Jadi Calon Bebas

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Ketidaksepakatan parti pembangkang dalam pelbagai perkara kini semakin jelas apabila Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Zahari Mamat hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas untuk kerusi Parlimen Paya Besar.

Zahari, 52, berkata sekalipun akan bertanding sebagai calon Bebas, beliau masih lagi menjadi anggota dan ketua cabang PKR kawasan berkenaan.

"Hari ini (Isnin), saya sekadar ingin memaklumkan saya akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Paya Besar, perkara lain (hal-hal lain) akan dimaklumkan kemudian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membeli borang untuk bertanding calon Bebas di Pejabat SPR Pahang, Isnin.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Kuantan, mengumumkan Murnie Hidayah Anuar, 29, seorang peguam, sebagai calon yang akan mewakili parti itu di Paya Besar.

Selain Zahari, turut mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang juga anggota PKR, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lepar.

Turut hadir membeli borang ialah bekas Timbalan Pengerusi III PKR Pahang, G. Ramponusamy dan juga seorang aktivis, Mohd Shukri Mohd Ramli, 42 tahun atau lebih dikenali sebagai Cucu Mat Kilau.

Ramponusamy berkata beliau akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Indera Mahkota manakala Mohd Shukri di DUN Teruntum.

Anwar ketika berceramah di Kuantan pada 30 Mac lepas, turut mengumumkan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dsebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Semalam, PKR Pahang turut menerima tamparan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 apabila seramai 300 ahlinya di Indera Mahkota bertindak keluar parti itu.

Seramai 300 bekas ahli PKR yang diketuai bekas Naib Ketua cabang PKR Indera Mahkota, M. Ramesh, bertindak mengumumkan mereka meninggalkan parti itu dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lima tahun lepas kami termakan janji PKR, tapi selepas lima tahun kebajikan kami, kaum minoriti India sebenarnya tidak pernah dibela pun oleh PKR," katanya.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan