Pembinaan Lima Kem Tentera Sementara di ESSZONE Siap Dalam Tempoh Kurang Enam Bulan

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan lima kem sementara secara sistem modular dan kabin di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dijangka siap dalam tempoh kurang enam bulan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang dalam proses menempatkan sistem modular dan kabin di kawasan kem berkenaan untuk kegunaan operasi di ESSZONE sementara menunggu pembinaan kem kekal.

Ahmad Zahid berkata kem sementara berkenaan, setiap kem mempunyai satu batalion tentera, akan digunakan dalam tempoh kurang daripada lima tahun sebelum digantikan dengan kem kekal.

Katanya Kementerian Pertahanan dan kerajaan negeri Sabah sudah mengenal pasti tanah milik kerajaan negeri atau syarikat milik kerajaan negeri untuk digunakan sebagai tapak kem tetap di kawasan ESSZONE.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Majlis Perjumpaan Khas dengan penduduk Semporna di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Aset-aset tetap akan dimobilisasikan dari kem-kem yang ada di Sarawak dan Semenanjung untuk dibawa ke kem-kem ini. Sebagai langkah awal, kita telah membawa (kereta perisai) Adnan dan selepas itu aset-aset yang berupa kereta perisai berantai akan dibawa lebih banyak lagi.

"...Kawasan tanggungjawab kita semakin luas dan Semporna merupakan salah satu kawasan yang penting yang perlu kita jaga. Kedatangan saya ke Semporna adalah untuk memberi tahu orang Semporna bahawa ATM akan sentiasa menjaga penduduk Semporna dan tujuh daerah lain di Sabah supaya ada rasa kepercayaan yang tinggi terhadap kestabilan dan keselamatan di negeri Sabah ini," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menasihatkan penduduk Sabah yang akan mengundi pada piliahan raya umum ke-13 ini supaya tidak khuatir kerana kesiapsiagaan anggota keselamatan dalam memastikan keselamatan mereka terus berada di tingkat optimum.

"Jangan khuatir. Jika adapun ugutan atau ancaman yang disebarkan, mengundilah dengan cara aman. Jangan khuatir kerana kita hendak menegakkan sebuah negara dan negeri yang demokratik dan proses mengundi akan berjalan seaman-amannya," katanya.

Katanya rakyat perlu terus memberi kepercayaan kepada anggota keselamatan yang terdiri daripada tentera dan polis dalam memastikan ketenteraman dan keamanan negara terus dapat dipertahankan.

Sebelum itu, Ahmad Zahid menghadiri Program Bersama Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna dengan menyerahkan replika kunci 17 unit motosikal kepada polis Semporna. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan