Nik Aziz Pertahan Kenyataan Solat Orang Umno Tidak Diterima

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota Umno tidak diterima Allah swt kerana menolak dasar Islam.

Beliau turut mendakwa bukan sahaja solat anggota Umno tidak diterima Allh swt, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala.

"Orang Umno maknanya orang tolak Islam. Bila tolak Islam maknanya tolak Allah. Sebab itulah kita (PAS) terima Islam kerana Islam serba molek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian di sini, Ahad.

Nik Abdul Aziz semasa berucap pada ceramah di Kampung Jambu, di sini pada 4 April lepas, mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam dan mengamalkan dasar kebangsaan dalam pemerintahannya.

Beliau juga turut mendakwa pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan semata-mata untuk 'mengenyangkan' beberapa kontraktor yang dilantik menguruskan projek itu.

"Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam... nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?.

"Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja," dakwanya.

Mengenai manifesto BN yang dilancarkan semalam, Nik Abdul Aziz berkata aku janji BN itu mengarut kerana dasar parti berkenaan yang menolak Islam.

"Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan